Kerajaan Perlu Gempur Petaling
Street Habis-Habisan
Menjual barangan tiruan merupakan
satu kesalahan di bawah Seksyen 3(1)(b) Akta Perihal Dagangan.
Jika sabit kesalahan penjual
barangan tiruan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan kedua, denda
tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau
kedua-duanya sekali bagi kes perseorangan.
"Bagi syarikat pula, denda
tidak melebihi RM250,000 dan kesalahan kedua pula denda tidak melebihi
RM500,000," katanya.
Undang-undang digubal di Dewan
Rakyat. Bukan dibuat dibawah pokok atau di tepi longkang. Apabila undang-undang
dibuat oleh Dewan Rakyat, maka pihak kerajaan haruslah patuh kepada
undang-undnag yang mereka sendiri buat. Bukannya buat undang-undang kemudian
buat tak tahu pula dan biarkan orang melanggar undang-undang tersebut.
Umum mengetahui di Lembah Klang
lubuk kepada segala produk tiruan adalah di Petaling Street. Dipamer dan
dipasarkan secara terbuka. Bukannya jual secara sorok-sorok. Mereka telah mencabar
undang-undang yang kerajaan buat...
Kenapa kerajaan membiarkan
perkara itu berlaku ? Bukankah itu
merupakan satu kesalahan ?
Kita berharap kerajaan baru yang
akan dibentuk dalam masa beberapa hari ini supaya mengambil tindakan tegas ke
atas pengedar dan penjual barangan
tiruan yang berpusat di Petaling Street. Jangan biarkan golongan-golongan
tertentu bermaharajalela mencabar undang-undang yang digubal kerajaan.
Kita minta perkara ini dilakukan
bukan kerana nak menganiaya mana-mana pihak atau kaum. Tetapi kerana ianya
melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment