Barangan tiruan
adalah barang yang telah diciplak, ditiru dan di copy tanpa izin pencipta
dengan jenama yang sama dan pengguna tidak dapat membezakan yang mana original
dan yang mana tiruan. Sekarang ini barangan tiruan bersepah dan banyak di
pasaraya, pasar malam, kedai borong dan sebagainya.
Barangan tiruan
ialah barang yang dicuri reka dari pencipta yang sebenar tanpa izin dan hal ini
sama dengan masalah mencuri. Islam melarang umatnya mencuri, kerana mencuri itu
adalah haram. Hadis Nabi yang bermaksud :
“Janganlah
seorang dari kamu menjual atas barang jualan orang lain”
Fatwa dari
Persatuan Ulamak Fiqh Sedunia dalam masalah ini ialah haram bagi sesiapa yang
meniru barangan orang lain tanpa izin dari penciptanya. Barangan yang
dimaksudkan di sini ialah barang yang menjadi hak cipta terpelihara.
Orang yang
memprodukkan barangan tiruan seolahnya seperti mereka menipu pengguna dengan
jenama yang diberikan. Contohnya baju kemeja yang diklon dari jenama yang
terkenal tanpa izin dari penciptanya, kemudian produk tersebut dicopkan dengan
jenama yang terkenal. Maka perkara ini merupakan penipuan yang nyata dan Islam
sangat melarang umatnya menipu sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud :
“Barangsiapa
menipu kami, maka bukanlah dari golongan kami”
Masalah curi dan
menipu ini sangat jelas dalam Islam dan ia merupakan perkara yang haram dan
mungkar. Setiap perkara yang haram itu jelas dan tiada ragu-ragu dan setiap
perkara yang halal itu juga jelas dan tiada ragu-ragu. Cari sumber rezeki yang
halal dan jauhkan diri dari terlibat dengan perkara yang haram. Kerana rezeki
yang haram akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita. Rezeki yang haram
juga akan membuatkan hati menjadi hitam dan benak untuk melakukan
perkara-perkara yang makruf. Hati orang yang makan rezeki yang haram menjadi
keras dan susah untuk dibentuk dan ditarbiah.
Carilah rezeki
yang halal dengan penat lelah diri sendiri, kerana rezeki yang halal ini
walaupun sedikit tetapi ia memperolehi keberkatan dari Allah. Orang yang makan
perkara yang halal dan baik, mudah untuk dirinya dan keluarganya untuk mematuhi
segala perintah dan larangan Allah. Bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki
yang diberikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah telah menentukan rezeki
kepada setiap manusia. Kuat doa, usaha dan tawakal maka banyaklah rezeki yang
diperolehi oleh kita. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai
orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang
telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu
hanya beribadat kepadaNya.” (Al-Baqarah : 172)
“Oleh itu,
makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah
kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat
Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (An-Nahl : 114)
MENIPU DAN BERSUMPAH BAGI MELARISKAN BARANGAN
Dalam
keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan strategi dibuat
dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun perbuatan itu dibolehkan,
namun sebagai perniaga yang beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa
bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan dalam pernigaan. Menipu ialah
melakukan suatu helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang
lain.
Pelbagai cara
penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan
tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan
dengan iklan-iklan yang palsu.
Termasuk juga
dalam perbuatan menipu ialah perbuatan bersumpah dengan nama Allah dengan
tujuan melariskan barang jualan seperti menyatakan “demi Allah, barang ini
adalah paling murah dijual di kota ini dan saya hanya menjual harga modal
sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ
طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا
هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ
؟ قَالَ أَصَابَتْهُ
السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ
. قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ
يَرَاهُ النَّاسُ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ
مِنِّي. أي : من غش
فليس على دينيى الكامل.
رواه مسلم
Maksudnya:
Diriwayatkan
oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang
dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan
mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai
pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai
Rasulullah SAW. Seraya Rasulullah
bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar
manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku
(yang sempurna).
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ
الْأَنْصَارِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ إِيَّاكُمْ وَكَثْرَةَ الْحَلِفِ فِي الْبَيْعِ فَإِنَّهُ
يُنَفِّقُ ثُمَّ يَمْحَقُ. أيْ: فأن كثرة
الحلف فى البيع قد
يؤدي ألى رواج
السلعة إلا أنه بعد
ذلك إلى يُزِيل
الْبَرَكَتها.
Maksudnya:
Diriwayatkan
oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW
bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang
kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi
selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.
Berpandukan
kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan berpegang teguh kepada
ajaran agama ia hendahlah mengelak dari sebarang bentuk penipuan dan banyak
bersumpah dalam keghairahan melariskan barangan jualan dan mendapat keuntungan
daripadanya.
Penulisan artikel terbaik, tapi lagi terbaik jika disertakan sumber rujukan bagi setiap nas dan dalil yang dipetik.
ReplyDelete