MARAH PRODUK DITIRU
Hok Leong menunjukkan perbezaan antara produk tiruan (bawah)
dan asli pada sidang media di sini, semalam.
IPOH - Sebuah
syarikat menjual plastik pembungkus makanan mendakwa barangan barangan
jualannya ditiru oleh sebuah syarikat lain yang dipercayai beroperasi secara
haram dan memasarkan produk berkenaan di sekitar negeri ini. Produk tiruan
itu turut didakwa mengandungi bahan tambahan berbahaya, dikenali sebagai
'plasticisers’ yang boleh memudaratkan sistem badan manusia sehingga menjurus
kepada penyakit kanser jika kerap dugunakan.
Plastik pembungkus
makanan itu dipercayai diimport dari negara China dan kemudiannya dibungkus dan
dipasarkan di negeri ini. Pengurus
Pemasarannya, Chong Hok Leong berkata, pihaknya menerima aduan daripada
pelanggan berhubung masalah tersebut pada pertengahan Ogos lalu. Menurutnya,
pelanggan terbabit mendakwa plastik pembungkusan makanan yang dijual semakin
tidak berkualiti malah ia semakin menipis.
“Selain itu, dia
(pelanggan) turut memaklumkan pemotong yang digunakan dibuat daripada logam
mudah karat dan ia amat membahayakan pengguna,” katanya pada sidang media di
Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Negeri, di sini, semalam. Hadir sama,
Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan BN Negeri, Mohd Rawi Abdullah.
Dalam
perkembangan berkaitan, Hok Leong berkata, selepas mendapat aduan, pihaknya
segera membuat tinjauan ke semua premis yang menjual produk tersebut. “Melalui
tinjauan yang dijalankan, kami dapat mengesan sebuah pasar mini yang menjual
produk tiruan menggunakan jenama yang sama.
“Malah, cara
pembungkusannya hampir sama dengan produk asli sehingga menyebabkan pengguna
terpedaya dan membeli barangan tersebut tanpa memeriksanya terlebih dahulu,”
katanya yang sudah lebih 20 tahun terbabit dalam perniagaan itu.
Seterusnya, dia
meminta bantuan Mohd Rawi untuk membawa perkara ini kepada Pejabat Perdagangan
Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri untuk tindakan lanjut.
“Berikutan itu,
pada 6 September lalu, saya dengan bantuan Mohd Rawi telah membuat aduan di
PPDNKK Negeri mengenai perkara itu. “Dalam tempoh
beberapa hari sahaja PPDNKK Negeri berjaya mengesan penjualan produk tiruan
menggunakan jenama kami di sekitar Ipoh, Taiping dan Parit Buntar. Kami diberitahu semua barangan berkenaan
disita dalam operasi tersebut,” katanya.
Hok Leong
berkata, perbezaan antara produk asli dan tiruan mungkin tidak dapat dikesan
hanya dengan sekali imbas. Sehubungan itu,
dia menasihati pengguna supaya memeriksa terlebih dahulu kandungan produk yang
dijual sebelum membeli.
No comments:
Post a Comment