DITIPU PENJUAL BEG TANGAN MELALUI INTERNET
LEONG (kanan)
menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berhubung pembelian barangan tiruan
sambil diperhatikan oleh Alex di Kuala Lumpur baru-baru ini.
KUALA LUMPUR –
Orang ramai dinasihati supaya tidak terpedaya dan lebih berhati-hati ketika
membeli barangan berjenama mewah secara dalam talian kerana dikhuatiri produk
yang dijual adalah tiruan. Peguam Penasihat Pejabat Biro Pengaduan dan
Perkhidmatan Awam MCA, Alex Kok berkata, tawaran harga murah ke atas produk
tersebut menyebabkan pembeli mudah tertipu dengan produk tiruan tersebut.
“Selain harga
murah, butik-butik dalam talian juga menawarkan pilihan yang banyak dengan
potongan harga hingga 50 peratus. “Ini telah
menarik minat pembeli untuk mendapatkan barangan tersebut tanpa mengetahui ia
adalah tiruan. Ini memberi peluang kepada peniaga untuk memperdaya pelanggan
mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.
Dalam hal ini,
beliau menarik perhatian mengenai kes pelajar di sebuah institusi pengajian
tinggi tempatan baru-baru ini yang diperdaya oleh sebuah butik dalam talian
yang menjual beg berjenama tiruan pada harga ribuan ringgit. (Kosmo)
No comments:
Post a Comment