Kepada semua
pengguna di Malaysia, dalam membeli barangan sama ada barangan luar negara mahu
pun barangan buatan Malaysia sendiri kita mestilah berhati-hati agar tidak
tertipu dan tidak menjadi pembeli kapada barangan tiruan kerana barangan tiruan
mempunyai banyak keburukannya. Pada zaman teknologi ini, ledakan penjualan
barangan tiruan semakin menjadi-jadi dan semakin membimbangkan kerana ramai
pengguna yang kurang berpengetahuan telah tertipu oleh penjual.
Cara Mengenal Pasti Barang Tiruan-Panduan
Tahukah anda bagaimana untuk mengenalpasti barangan buatan “Made in China”? Dunia sekarang dilimpahi dengan pelbagai macam jenis barangan dari China. Yang mana kebanyakan barangan dari China adalah barang tiruan. Adakah anda dapat membezakan yang mana satu barangan dari China atau Taiwan?
Ada 1 cara mudah bagaimana untuk mengenalpasti barang “Made in China” ini. Caranya ialah mengenalpasti melalui teknik barcode. Untuk pengetahuan semua, semua barang yang dihasilkan di mana-mana negara telah pun ditetapkan kod pengeluarannya.
Dan semua barangan yang dikeluarkan di negara Cina (Made in China), barcode nya bermula dengan 3 digit ini iaitu ; 690, 691, dan 692. Semua barang yang mempunyai barcode yang dimulai dengan 3 digit ini,
adalah barangan “Made in China”. Manakala, 3 digit pertama barcode barangan “Made in Taiwan” ialah 471. Sekarang ini, ramai sekali peniaga yang cuba untuk menipu pelanggan mereka.
Dia kata dia jual barang asli, berjenama dan berkualiti. Namun, apabila kita beli, setelah membayar dengan harga yang mahal, dapat-dapat barang, semuanya barang tiruan, rendah mutu dan kualiti nya. Apabila diperiksa betul-betul, rupa-rupanya barang yang dijual itu adalah barang “Made in China” . Saya tak mengatakan semua barangan “Made in China” tak bagus. Tapi realitinya kebanyakan barangan keluaran negara Cina adalah barang tiruan dan banyak yang tak berkualiti. Sebab itu barangan mereka murah. Justeru, adalah sangat baik jika kita dapat selidik dulu apa-apa barang yang ingin dibeli. Terutamanya apabila ingin membeli barangan berjenama dan mahal.
Berikut disenaraikan beberapa negara dan barcode yang digunakan bagi produk keluaran mereka. Nombor-nombor ini adalah nombor digit pertama pada barcode yang tertera pada produk.
690 ~ 692 Made in China
00 ~ 09 Made in USA & CANADA
30 ~ 37 Made in FRANCE
40 ~ 44 Made in GERMANY
49 ~ Made in JAPAN
50 ~ Made in UK
GUNA SMS UNTUK KETAHUI KETULENAN PERALATAN KOMUNIKASI
Apabila membeli
sesuatu produk, pernahkah anda terfikir sama ada produk tersebut tulen atau
tidak? Berapa lamakah produk tersebut boleh digunakan? Adakah produk tersebut
selamat untuk digunakan?
Kita sebagai
pengguna mempunyai satu kebiasaan yang sentiasa berfikir bahawa produk yang
berharga yang mahal adalah produk yang lebih berkualiti. Walaupun begitu,
terdapat pengguna yang masih tertipu dan barangan palsu dan tidak berkualiti.
Ini mungkin disebabkan produk tersebut adalah produk yang dikenali sebagai
counterfeit products iaitu produk tiruan atau produk palsu.
Jenis-jenis
produk yang seringkali dijumpai sebagai produk tiruan adalah barang seperti
telefon bimbit, thumbdrive, laptop, radio dan sebagainya. Pengguna tidak dapat
membezakan produk tiruan dan asli kerana kedua-duanya hampir serupa. Label yang
tidak asli dengan nombor pendaftaran yang tidak sah dilekat pada barangan
seperti ini dan akibatnya, pengguna biasa menjadi mangsa penipuan.
Oleh itu,
Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia ( SKMM) bersama-sama dengan
SIRIM QAS International Sdn Bhd telah mengeluarkan satu label khas yang
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih dengan pengaplikasian
teknologi nano. Mulai 16 Ogos 2010, label ini akan dikuatkuasakan. Untuk
mengetahui keaslian sesuatu peralatan elektronik dan komunikasi, pengguna boleh
melihat kepada label SIRIM dan SKMM dan sms nombor siri pada label tersebut ke
32300. Pengguna akan mendapat jawapan daripada SIRIM sama ada barang tersebut adalah
asli atau palsu. Setiap SMS akan dicaj RM 0.50.
Melalui cara
ini, pengguna tidak perlu risau membeli peralatan elektronik komunikasi. Walau
bagaimanapun, pada setakat ini, hanya sesetengah barang mempunyai label
tersebut dan barangan yang lain masih dalam proses untuk pelabelan. Pengguna
masih akan terjumpa label lama pada produk, tetapi pengguna tidak harus panik
dan risau kerana label lama masih boleh digunakan oleh syarikat-syarikat
sehingga akhir tahun 2010. Mulai tahun 2011, label baru akan digunakan
sepenuhnya.
Untuk pertanyaan
lanjut, pengguna-pengguna boleh menghubungi SIRIM QAS International Sdn Bhd di
talian 03-55446251 atau SKMM di talian 03-86888000.
(Persatuan
Pengguna-Pengguna Standard Malaysia)
No comments:
Post a Comment