Pengguna dinasihatkan jangan tertipu jualan telefon bimbit murah
Persatuan
Pengguna dan Sosial Daerah Petaling (Caps) menasihatkan orang ramai supaya
berhati-hati apabila membeli telefon bimbit canggih dan tidak mudah terpedaya
dengan tawaran harga rendah yang diberikan peniaga atau ejen telefon bimbit. Timbalannya,
Shamsuddin Hassan berkata, ia berikutan semakin banyak aduan diterima mengenai
ejen yang enggan bertanggungjawab walaupun produk masih dalam tempoh jaminan.
Menurutnya,
antara aduan yang diterima pihaknya ialah telefon bimbit yang baru dibeli tidak
mempunyai kamera, tidak boleh dicas serta tidak berfungsi. ” Sebagai contoh,
sebuah telefon bimbit Blackberry tulen di pasaran dijual RM1,900 sedangkan di
tapak ekspo dijual sekitar RM420. Ia jauh lebih murah daripada harga asal. “Tetapi,
apabila berlakunya kerosakkan dan pengguna mengadukannya kepada peniaga atau
ejen terbabit pelbagai alasan diberikan dan enggan bertanggungjawab,”katanya
ketika ditemui semalam.
Beliau berkata,
keadaan itu timbul kerana syarikat pengeluar tidak ambil peduli siapa yang
menjual produk mereka iaitu ejen dilantik atau tidak dilantik, asalkan mereka
meningkatkan jualan. “Dalam keadaan sebegitu, banyak ejen yang tidak dilantik
menjual set telefon bimbit dengan harga lebih murah kerana mereka tidak perlu
mematuhi syarat waranti,” katanya.
Shamsuddin
berkata, Caps menggesa syarikat pengeluar telefon bimbit supaya lebih beretika
dan hanya berurusan dengan ejen yang dilantik syarikat bagi menjaga kepentingan
pengguna. “Pengguna juga sepatutnya hanya berurusan dengan ejen yang dilantik
syarikat sahaja,”katanya. Sementara itu, salah seorang pengguna yang enggan
mendedahkan identitinya ketika ditemui Komunitikini berkata, semasa mengunjungi
jualan karnival, beliau amat tertarik dan berminat untuk membeli telefon
tersebut setelah melihatkan harganya yang jauh lebih rendah berbanding harga
jualan sebenar.
Namun,
menurutnya, selepas beberapa hari menggunakan telefon yang dibeli dengan harga
dalam lingkungan RM450 tiba-tiba ia mengalami kerosakan . “Saya cuba
memulangkan serta mahu mendapatkan penjelasan sebenar tetapi malangnya tidak
diterima oleh jurujual tersebut,”katanya dalam nada kesal. Difahamkan sejak
kebelakangan ini ramai pengguna tertipu dengan jualan murah telefon bimbit
ditawarkan pada promosi jualan karnival telefon bimbit di seluruh negara.
Tawaran inilah
yang menyebabkan ramai di antara pengguna
terutamanya mereka yang kurang peka dan taksub terhadap model baru
telefon bimbit di pasaran terpedaya sekali gus mengalami kerugian selain
terpaksa berputih mata. Telefon bimbit klon berjenama seperti iPhone dan Nokia merupakan produk daripada negara
China pembuat dan pengeluar utama barang-barang tiruan di mana komponen yang
digunakan di dalam telefon bimbit tidak tahan lama.
No comments:
Post a Comment