PENGENALAN

DEFINISI BARANGAN TIRUAN


Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tiruan bermaksud hasil daripada meniru sesuatu yang tidak asli atau yang tidak jati seperti getah tiruan yang bukan asli. Selain itu, tiruan juga beerti perbuatan meniru dan hasil meniru iaitu benda bukan asli atau tulen, hasil daripada usaha membuat sesuatu yang sama atau hampir sama dengan yang asli. Pengguna menurut kamus dewan edisi kedua, pengguna beerti orang yang menggunakan sesuatu atau pengambil faedah daripada sesuatu benda.

Barang tiruan dihasilkan apabila sesuatu barangan asli mendapat permintaan yang tinggi yang terdiri daripada pelbagai barangan pengguna. Contohnya, ubat, alat ganti, pakaian, aksesori lelaki dan wanita, makanan tambahan, alat elektrik dan sebagainya. Kita mungkin sukar percaya bahawa ada barangan yang mungkin kita sering gunakan sebelum ini adalah  barang tiruan kerana rupanya tidak berbeza dengan barangan yang asli. Barang yang ditiru tidak semestinya barang berjenama yang mahal sahaja malah ada barang murah yang digunakan pengguna setiap hari turut menjadi mangsa  seperti panadol pernah ditiru, rokok juga ditiru. Terdapat banyak punca barangan ini terus dikeluarkan dan dijual. Langkah membanteras perlu diambil untuk melindungi pengguna dan hakcipta pengeluar, dan negara kerana kesan penghasilan dan perdagangan barangan tiruan meninggalkan kesan buruk kepada negara.

Menjual produk tiruan menjadi satu kesalahan. Malah terdapat peruntukan undang-undang yang jelas di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, jika sabit kesalahan, mereka yang menjual produk tiruan boleh dikenakan hukuman denda RM100 ribu  atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ironinya, hukuman tersebut langsung tidak menimbulkan rasa takut kepada segelintir pihak. Mungkinkah hukuman tersebut terlalu ringan berbanding dengan pulangan yang mereka peroleh sehinggakan kegiatan ini begitu sukar dibenteras di pasaran terbuka? Atau mungkinkah kegiatan ini dilindungi orang tertentu menyebabkan peniaga produk tiruan bercambah seiring dengan meningkatnya tapak bazar larut malam atau lebih dikenali sebagai Down Town.

Kegiatan menjual produk tiruan di pasaran terbuka membabitkan produk  berjenama antarabangsa cukup mendapat sambutan pembeli. Daripada aksesori, alat mekap, beg tangan wanita, baju jam tangan, minyak wangi sehinggalah kepada seluar jeans – semuanya dijual di pasaran terbuka cukup berleluasa.

Jenama terkenal yang biasanya dijual di butik eksklusif yang pasti harganya mencecah ribuan ringgit, kini menjadi pakaian jalanan (street wear) – bermakna sesiapa sahaja boleh memakainya. Soal sama ada produk tersebut tiruan bukan lagi satu persoalan. Dari segi mutu sememangnya kita ketahui tetapi produk tiruan ini cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan.


Bayangkan sebuah beg tangan wanita berjenama antarabangsa seperti Louis Vuitton, Prada, Fendi, Gucci, Channel, Dior, dan sebagainya yang harganya mencecah ribuan ringgit, seseorang  boleh memilikinya (produk tiruan) dengan harga tidak sampai pun RM100 di mana-mana gerai jalanan terutamanya di bazar larut malam. Malah jika pandai tawar menawar, harganya jauh lebih murah.   




PUNCA BARANGAN TIRUAN BANYAK DIKELUARKAN DAN DIJUAL


1. Kemunculan sikap mengagung-agung barangan berjenama - terutama dalam kalangan masyarakat yang tidak berkemampuan / berpendapatan rendah - ingin bergaya - mempercayai bahawa penggunaan barangan berjenama meningkatkan imej dan status - beli nyang tiruan dapat mengisi kepuasan diri itu.

2. Harga yang murah menyebabkan permintaan menjadi tinggi -rupa fizikal hampir sama dengan produk asal/ kualiti pula ada yang tinggi,- cth jersi bolasepak dikategorikan dalam gred A,B, dan C. Barangan asli pula terlalui tinggi misalnya, jersi asli RM 200 dan ke atas. Kos pembuatan pula lebih murah, modal jualan juga rendah - ini semua menggalakkan perniagaan barangan tiruan.

3. Kesedaran tentang harta intelek dan ilmu kepenggunaan yang rendah dalam kalangan masyarakat - menganggap berjual beli barangan tiruan bukan kesalahan besar.

4. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah - tindakan bermusim - bertindak berdasarkan laporan sahaja - sukar kawal sebab melibatkan jumlah orang terlibat yang banyak - KPDNHEP pula kurang kakitangan - wujud pula masalah rasuah dalam kalangan penguatkuasa- undang-undang tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

No comments:

Post a Comment