RENCANA

Pada 28 September 2009, seorang penjual di eBay ditangkap kerana melakukan penipuan menjual  produk-produk tiruan barangan golf berjenama di eBay. Penjual itu mendapat keuntungan berjuta-juta dolar Amerika dengan menjual  barangan golf tiruan itu.

Seorang penjual  wanita berumur 47 tahun di United Kingdom ditangkap dan diminta membayar semula keuntungan GBP 105 ribu yang diperolehinya dengan menjual  barangan tiruan produk-produk  berjenama di portal eBay. Penjual itu menjual pelbagai produk tiruan barangan berjenama seperti  Armani, Gucci dan Diesel.


(Awas! Trik Penipu di eBay/ Eruwan Gerry Norsen / PTS PROFESSIONAL PUBLISHING SDN. BHD)


AWAS : Alatganti Tiruan Proton!


Disebabkan kejayaan dan populariti syarikat Proton sekarang, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan barangan atau alat ganti Proton tiruan atau lebih dikenali sebagai “imitation”. Walaupun kisah ini agak basi untuk dibincangkan, namun kami di S2U mengambil kesempatan untuk memberi peringatan kepada semua pengguna Proton untuk berhati-hati dalam membeli spareparts atau alat ganti tiruan ini. Barangan tiruan ini bukan sahaja telah melanggar peraturan dan hak syarikat Proton, tetapi kualiti yang dihasilkan adalah rendah, dan ini adalah bahaya bagi pengguna jalanraya dimana akan menyebabkan kemalangan jalan raya.


Contohnya seperti penapis minyak tiruan yang mungkin rosak menyebabkan minyak pelincir bocor lalu menjahanamkan enjin kereta. Begitu juga dengan pad brek yang dibuat dari bahan yang tidak berkualti akan menyebabkan kuasa membrek kurang dari yang original. Ini akan menyebabkan kemalangan lebih mudah terjadi.



Perhatikan penutup botol minyak ini yang kiri adalah lebih kemas dari sebelah kanan, menunjukkan sebelah kanan adalah tiruan.

Bagi Alatganti Penjenamaan Kedua Proton, alatganti ini juga dihasilkan oleh Proton, dan alatganti ini ditawarkan kepada pemilik kenderaan yang telah luput jaminannya. Ini juga sesuai untuk mereka yang mencari alatganti kos rendah berbanding dengan Alat Ganti Tulen Proton. Proton masih lagi dalam peringkat perbincangan, dan bakal dilancarkan untuk pelanggan-pelanggan yang kurang berkemampuan. “Replacement Equipment Parts” pula adalah berbeza dengan alatganti Proton dan ini bukan tiruan. Alatganti ini adalah dihasilkan oleh syarikat lain dimana kualitinya agak rendah dan harganya murah. Disebabkan alatganti jenis ini adalah bukan tiruan alatganti Proton, maka syarikat tersebut tidak menggunakan cara pembungkusan Proton serta tidak menggunakan cop jenama Proton.

Barangan tiruan yang menggunakan pembungkusan serta cop tiruan Proton adalah yang paling berbahaya kerana kita tidak tahu kualitinya, dimana akan menyebabkan kerosakkan yang lebih teruk.

Andaikata penapis minyak pelincir, yang kualitinya rendah, tidak dapat menapis minyak dengan sempurna akan merosakkan lagi bahagian dalaman enjin Proton tersebut.

Lagi buruk pula jika disebabkan alatganti seperti pad brek tadi menyebabkan kemalangan yang mengundang kecederaan dan kematian.




Perhatikan penutup botol minyak ini yang kiri adalah lebih kemas dari sebelah kanan, menunjukkan sebelah kanan adalah tiruan.

Bagi Alatganti Penjenamaan Kedua Proton, alatganti ini juga dihasilkan oleh Proton, dan alatganti ini ditawarkan kepada pemilik kenderaan yang telah luput jaminannya. Ini juga sesuai untuk mereka yang mencari alatganti kos rendah berbanding dengan Alat Ganti Tulen Proton. Proton masih lagi dalam peringkat perbincangan, dan bakal dilancarkan untuk pelanggan-pelanggan yang kurang berkemampuan.

“Replacement Equipment Parts” pula adalah berbeza dengan alatganti Proton dan ini bukan tiruan. Alatganti ini adalah dihasilkan oleh syarikat lain dimana kualitinya agak rendah dan harganya murah.

Disebabkan alatganti jenis ini adalah bukan tiruan alatganti Proton, maka syarikat tersebut tidak menggunakan cara pembungkusan Proton serta tidak menggunakan cop jenama Proton.

Barangan tiruan yang menggunakan pembungkusan serta cop tiruan Proton adalah yang paling berbahaya kerana kita tidak tahu kualitinya, dimana akan menyebabkan kerosakkan yang lebih teruk.

Andaikata penapis minyak pelincir, yang kualitinya rendah, tidak dapat menapis minyak dengan sempurna akan merosakkan lagi bahagian dalaman enjin Proton tersebut.

Lagi buruk pula jika disebabkan alatganti seperti pad brek tadi menyebabkan kemalangan yang mengundang kecederaan dan kematian.




Para pelanggan boleh membeli Alat Ganti Tulen Proton pada semua pusat servis Proton Edar, pusat servis yang ditauliahkan, Stokis Alatganti Proton dan ejen-ejen yang ditauliahkan oleh Proton.












PENGGUNA WASPADA, LANUN CIPTA TELUR TIRUAN


LANUN produk tiruan akan melakukan apa saja untuk memastikan mereka mendapat keuntungan segera walaupun menyedari kesihatan pengguna akan terancam.

Terbaru, lanun ini terus menipu pengguna dengan menghasilkan telur ayam tiruan yang pastinya mengejutkan pengguna yang mungkin tidak pernah terfikir bahawa perkara sebegini boleh berlaku.

Namun bagi lanun tiruan mereka akan mencipta apa saja barangan keperluan pengguna bagi mengaut keuntungan segera tanpa menghirau habuan kesihatan dan bahaya yang akan berlaku pengguna.

Tahniah dan terima kasih kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendedahkan penipuan lanun tidak bertanggung jawab itu kepada pengguna.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi membanteras penipuan itu yang jelas mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika di makan pada kadar yang kerap.

TindaDDR menyeru pengguna dan masyarakat lebih berhati-hati dalam mendapatkan barangan keperluan di pasaran. Jangan mudah terpengaruh dengan harga murah yang ditawarkan oleh lanun terbabit.




http://tinta.drrozmey.my/2011/04/07/pengguna-waspada-lanun-cipta-telur-tiruan/









Lapor segera jika terbeli telur tiruan

Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta pengguna yang terbeli telur dipercayai tiruan supaya membuat aduan segera supaya siasatan terperinci dan tindakan boleh dilakukan, kata timbalan menterinya Datuk Tan Lian Hoe.

Katanya pihaknya sukar mengenal pasti sama ada telur ayam yang berada dalam pasaran itu palsu atau tulen dan mustahil bagi pihaknya merampas semua bekalan telur.

Oleh itu, adalah penting bagi pengguna yang membeli telur yang disyaki tiruan supaya membuat laporan segera, katanya kepada pemberita selepas berdialog bersama anggota Persatuan Pekedai Barang-Barang Runcit negeri Perak di Ipoh hari ini.

Tan berkata berkata antara ciri-ciri telur tiruan ialah saiznya agak besar daripada telur tulen, kulitnya lebih cerah dan tidak licin.

Katanya pihak yang menjual telur tiruan itu boleh dikenakan tindakan mahkamah mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 di mana jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau tiga tahun penjara, atau kedua-dua sekali.

Katanya pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyiasat serta membendung kegiatan menjual barang makanan tiruan yang mungkin didalangi oleh sindiket tertentu atau diimport dari luar negara.

Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus.


Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

- Bernama(http://www.malaysiakini.com/news/161082)





Beberapa barangan tiruan jenama Yonex dirampas



ASLI ATAU TIRUAN?: Christina menunjukkan cara-cara mengesahkan raket jenama Yonex yang asli pada sidang media di pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri di Kuching semalam. Turut kelihatan Wan Uzir.

KUCHING: Pejabat Perdaga-ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Sarawak berjaya merampas beberapa barangan tiruan jenama Yonex dari sebuah kedai di bandar raya ini dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM2,410.

Pengarahnya, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, dengan rampasan terbaharu itu, nilai rampasan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 (2011) di seluruh Sarawak dari Januari hingga 12 September ialah RM2.6 juta melibatkan 136 kes.

“Memang tidak dinafikan barangan tiruan berlambak di pasaran di negeri ini, tetapi kita (PDNKK) tidak boleh meng-ambil tindakan kalau tidak ada aduan daripada pemilik atau pengeluar asal barangan.

“Sebabnya, kita tidak boleh membuat pengesahan sama ada ia asli atau tidak. Pihak yang boleh membuat pengesahan ialah pemilik atau pengeluar,” katanya pada sidang media berhubung rampasan barangan tiruan jenama Yonex di pejabat PDNKK negeri di sini semalam.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pembantu Pengurus Perundangan Sunrise & Co (Pte) Ltd Singapore, Christina Suarez Molino.

Sunrise & Co (Pte) Ltd Singapore merupakan pengedar rasmi barangan jenama Yonex di lapan buah negara di Asia iaitu Brunei, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Sri Lanka dan Vietnam.

Wan Uzir memberitahu, pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas empat buah kedai di sekitar bandar raya ini selepas mendapat aduan daripada syarikat pengedar itu. Bagaimanapun, selepas pengesahan dibuat oleh pihak Yonex, hanya sebuah daripada kedai berkenaan didapati menjual barangan tiruan jenama berkenaan antaranya raket, stoking dan kasut.

“Kes ini akan kita rujuk ke mahkamah agar tindakan sewajarnya boleh diambil. Di bawah akta ini… pesalah boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Beliau memberitahu, tahun lepas pihaknya merampas banyak barangan tiruan dalam bentuk jersi kelab bola sepak antarabangsa Chelsea daripada jenama Adidas dengan kes terbaharu di Bintulu.

Pada masa sama, beliau menyuarakan kebimbangan pengguna di negeri ini akan terus menjadi mangsa penipuan syarikat atau individu yang menjual barangan tiruan pada harga sama dengan barangan asli.

“Sebagai pengguna biasa, kita tidak boleh membezakan sama ada barangan yang dijual itu asli atau tidak. Oleh itu, kita amat mengharapkan pengeluar atau pemilik barangan asli ini sanggup bekerjasama dengan kementerian untuk membanteras kegiatan menjual barangan tiruan di pasaran negara dan negeri ini khasnya,” kata beliau.

Sementara itu, menurut Christina, bagi barangan sukan Yonex yang asli, raket misalnya akan disertakan dengan dua hologram iaitu hologram Yonex manakala satu lagi hologram tertera perkataan ‘Sunrise.’

“Sunrise adalah pengedar rasmi barangan asli jenama Yonex. Pihak kami akan menggunakan kad khas untuk mengesan kedua-dua hologram ini yang biasa dilekatkan pada pemegang raket.

“Nasihat saya kepada pengguna, hanya beli barangan Yonex di kedai atau yang dipilih sebagai pengedar atau penjual barangan Yonex,” katanya sambil memberitahu kes menjual barangan tiruan jenama itu di negara ini tidak membimbangkan berbanding di negara lain.

Manakala di Sarawak, katanya, rampasan melibatkan barangan sukan berjenama Yonex dilakukan PDNKK baru-baru ini adalah kes yang pertama.

Christina memberitahu, kebanyakan barangan tiruan jenama Yonex yang terdapat di pasaran negara dikeluarkan di China berbanding lazimnya dikeluarkan di Jepun yang lebih mahal kerana kualiti dan bahan yang digunakan untuk menghasilkannya daripada keluaran Taiwan dan China.

http://www.mysarawak.org/2012/09/13/beberapa-barangan-tiruan-jenama-yonex-dirampas.html




KOSMETIK TIRUAN ANCAM WANITA

Lambakan produk kosmetik tiruan  boleh diumpamakan sperti ‘bom jangka’ yang bakal meragutkecantikan dan nyawa wanita di Negara ini jika usaha membendung pengedaran produk tersebut tidak dilakukan dengan serius.
 Nilai rampasan produk kosmetik tiruan yang menunjukkan peningkatan  sebanyak  22 kali ganda sejak tiga tahun lalu, memberi gambaran penularan secara berleluasa produk tersebut yang mensasarkan golongan  bawahan  dan pertengahan.
Lebih ditakuti adalah kemungkinan terdapat campuran formula ‘rahsia’, tetapi berbahaya di dalam kandungan produk yang bukan sahaja boleh merosakkan kulit dan wajah, tetapi organ dalaman secara perlahan-lahan.



TIP PERBANDINGAN ANTARA PEWANGI TULEN DAN PEWANGI TIRUAN


Ramai di antara pengguna tidak dapat membezakan sama ada pewangi yang dijual itu tulen (original) atau tiruan. Kebanyakan mereka yang menjual pewangi di internet mahupun di luar boleh meletakkan perkataan 'ORIGINAL' dengan sesuka hati. Sebenarnya agak sukar juga untuk membezakannya kerana pengeluar barang-barang tiruan amat bijak serta mempunyai teknik dan peralatan digital moden serba canggih yang boleh menghasilkan cetakan yang baik.

Mereka mampu menghasilkan replika yang hampir serupa dengan pewangi berjenama terkenal seluruh dunia dalam pasaran hari ini. Jika dilihat secara kasar, pewangi tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan pewangi tulen, botol yang hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ia boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atau lebih teruk, harganya sama dengan yang tulen. Sebagai pengguna anda mungkin tidak pasti atau tidak tahu langsung bahawa pewangi tersebut adalah tiruan. Jadi berhati-hatilah.

Penghasilan dan penjualan barangan tiruan adalah masalah yang dihadapi di seluruh dunia. Berjuta-juta barangan cetak rompak dikeluarkan dan dijual setiap tahun. Dianggarkan lebih 10% pewangi di dalam pasaran adalah tiruan.

Risiko kesihatan
Pewangi tiruan tidak menjalani ujian standard keselamatan yang diwajibkan kepada semua produk kosmetik seluruh dunia. Untuk mendapatkan harga yang murah, sudah tentulah kandungannya juga mengandungi bahan-bahan yang murah dan akan menyebabkan alahan kepada pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif dan mungkin juga boleh meninggalkan kesan kecacatan yang nyata.


Berhati-hati dengan stok lapuk atau sudah rosak
Pewangi juga boleh rosak. Jangka masa untuk ia rosak bergantung kepada suhu, cahaya dan berapa lama ia disimpan. Kadangkala apabila sesuatu kedai yang menjual pewangi ditutup, mereka menjual stok pewangi mereka yang sudah lama. Pewangi yang sudah lapuk ini biasanya dijual di laman lelongan, kedai-kedai diskaun pada harga yang sangat-sangat murah. Jangan tertipu. Sentiasa pastikan yang penjual menjual pewangi yang masih segar(baru), bukan stok lama. Bagaimana anda boleh mengenal pasti bahawa ia adalah pewangi tiruan atau original?


Di sini terdapat beberapa tip mudah bagaimana untuk membezakan antara pewangi tulen dan tiruan:
20 perkara yang harus diambil perhatian:

Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.
1. Pembungkusan.
Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasai ketebalan dan kejelasan tulisannya. Pewangi yang tulen tulisan jenama (brand) pewangi itu tidak pudar dan hilang walaupun telah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini tidak boleh dijadikan ukuran, tetapi kebiasaannya pewangi yang tulen mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.

2.Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya.
Ini disebabkan pewangi tulen tiada lebihan gam dan pembungkusannya amat teliti.

3.Kotak luaran.
Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.

4.Cetakan.
Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark).
5.Semak cara cetakan
Biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya pelekat berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.

6.Semak Nombor Batch. Dalam kotak.
Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.

7.Bentuk botol.
Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan reka bentuk botol. Botol yang tulen adalahd sempurna.

8.Kaca botol.
Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang tulen adalah tebal.

9.Tudung botol.
Semak saiz, warna dan bentuk.

10.Kepala penyembur.
Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.
11.Tiub dalaman penyembur.
Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.

12.Label botol (utama).
Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.

13.Label bawah.
Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.

14.Kod bar.
Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.

15.Warna pewangi.
Semak warna pewangi sama ada ia konsisten atau pun tidak.

16.Minyak berlebihan.
Pewangi yang tulen kurang berminyak.

17.Bau.
Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia.

18.Tahan lebih lama.
Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya bau wangian tersebut tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.

19.Tindak balas pada kulit.
Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.

20.Semak pada bahagian bawah botol.
Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai pelekat produk.
http://sesaljubayu.blogspot.com/2010/08/tip-perbandingan-antara-pewangi-tulen.html




BERITA PILIHAN: Telur ayam Tiruan - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)




Awas telur tiruan di pasaran – CAP
 
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi kelmarin, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.
Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.
Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.
Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.
Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
Cara mengenal telur tiruan:
1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.



WASPADA PERISIAN ANTIVIRUS TIRUAN


Kali ini saya akan membawa pembaca sekalian kepada satu isu yang saya kira ramai yang telah sedia maklum tapi kurang mengambil perhatian iaitu kewujudan perisian2 palsu di internet terutamanya perisian antivirus. Pernahkah semasa anda melayari internet tiba – tiba muncul pop-up windows yang menyatakan PC anda sudah terkena virus dan harus di scan pada masa itu juga? Ini adalah salah satu tanda – tanda wujudnya antivirus palsu.

Di dalam dunia Virus – Antivirus (security), program seperti ini termasuk dalam kategori Rogue Security Program, iaitu perisian yang menyamar sebagai antivirus yang telah menjumpai virus di komputer anda dan memaksa anda untuk membeli perisian tersebut dengan cara penipuan. Kepada pengguna yang tertipu anda mungkin bukan sahaja kehilangan wang tetapi komputer anda mungkin akan diinstall virus , trojan, spyware dan sebagainya.

1) JANGAN MUDAH PERCAYA : Jangan mudah percaya dengan apa yang anda jumpai di internet. Pengodam akan menggunakan pelbagai helah halus untuk menghantar virus bagi mencuri maklumat atau merosakkan komputer pengguna. Minta pendapat pakar IT sekiranya anda berasa ragu – ragu dengan apa yang anda jumpai.

2) PASTIKAN KOMPUTER ANDA DILINDUNGI : Pastikan antivirus komputer anda sentiasa dikemaskini sentiasa. Pastikan juga antivirus komputer anda dapat berfungsi dengan baik. Ini adalah untuk membolehkan antivirus dapat mengesan kehadiran sebarang aktiviti yang mencurigakan.

3) JANGAN MUDAH MEMBERIKAN MAKLUMAT PERIBADI : Perisian seperti ini kadangkala meminta kita untuk memberikan maklumat peribadi sebagai pendaftaran untuk menggunakan perisian palsu tersebut. Jangan mudah memberikan maklumat peribadi anda , ini kerana maklumat tersebut mungkin akan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesan sekiranya anda tidak berwaspada :

1) KOMPUTER AKAN DIMASUKI VIRUS : Mungkin adakalanya kita tidak sedar mengenai kesan sekiranya kita tidak berhati – hati akan antivirus palsu ini. Jika kita mengikuti kehendak perisian palsu tersebut dengan menekan butang ”OK” yang kita lihat diskrin mungkin perisian tersebut sedang mengimbas komputer kita namun disebaliknya ia sedang memasukkan sejumlah Trojan ke dalam PC kita.

2) MAKLUMAT PERIBADI AKAN DIEKSPLOTASI : Bagi anda yang sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi mungkin akan terdedah dengan risiko pengeksplotasian maklumat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini adalah sangat serius dan maklumat peribadi kita mungkin boleh digunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah.

3 ) KOMPUTER AKAN TERDEDAH KEPADA RISIKO KEROSAKAN : Virus yang telah memasuki komputer melalui cara penipuan ini akan menyebabkan komputer akan terdedah kepada risiko kerosakan.


Kesimpulan, setiap hari kita akan sentiasa menggunakan internet sebagai satu medium untuk kita menyelesaikan tugasan harian. Namun kita selaku pengguna bijak haruslah berwaspada dengan perkara – perkara yang ditawarkan di internet agar kita tidak mudah ditipu dan menyebabkan komputer kita terdedah kepada bahaya.




PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG HARTA INTELEK DI MALAYSIA

Masyarakat diseru tidak memberi sokongan atau membeli barang tiruan dan cetak rompak yang jelas tidak bermoral

PADA zaman ini, antara sedar atau tidak setiap hari kita akan melakukan sekurang-kurangnya satu perkara yang berkait dengan harta intelek, seperti memainkan muzik atau lagu, menonton filem, membaca buku, menggunakan program komputer, memakai pakaian dan aksesori berjenama, penggunaan ubat dan sebagainya.
Harta intelek bukan lagi suatu istilah baru di Malaysia. Penguatkuasaannya pula sudah lama dijalankan melalui dua undang-undang tersohor iaitu Akta Perihal Dagangan 2011 (dulu dikenali sebagai Akta Perihal Dagangan 1972) dan juga Akta Hak cipta 1987.

Sebelum tahun 1987, perundangan berkaitan hak cipta dikuatkuasakan oleh Polis Diraja Malaysia melalui Akta Hak Cipta 1969 sehinggalah ia diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Namun, di kalangan masyarakat kita, dua isu utama yang sinonim dengan pelanggaran hak harta intelek adalah penjualan barang-barang tiruan dan juga cetak rompak. Saban tahun kita mendengar mengenai rampasan yang dibuat KPDNKK. Statistik Bahagian Penguat kuasa KPDNKK menunjukkan bagi tempoh Januari 2011 hingga November 2011, sebanyak 3,033 kes telah diambil membabitkan kesalahan di bawah kedua-dua akta ini dengan rampasan barang-barang bernilai lebih RM37.5 juta.

Persoalannya sejauh mana penguatkuasaan yang dijalankan benar-benar dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Ini kerana penyelewengan masih berlaku malah terdapat banyak barang berjenama bebas dijual di merata-rata tempat. Di mana silapnya? Penguatkuasaan lemah atau persepsi yang salah? Atau benarkah penguatkuasaan yang dijalankan tidak memberi kesan positif berbanding sepuluh tahun yang lalu?

Berita Harian baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini.
Beliau mengakui bahawa bukan mudah untuk membasmi kegiatan pengedaran barang-barang tiruan dan cetak rompak di negara ini dalam masa singkat kerana ia mendapat permintaan tinggi serta didalangi oleh kumpulan sindiket yang terancang.

Namun pada masa sama beliau menolak dakwaan mengatakan tindakan penguatkuasaan yang diambil selama ini tidak memberi kesan kerana trend yang berlaku menunjukkan kegiatan itu semakin berkurangan atau berlaku dalam skala semakin kecil. Beliau mendakwa kenyataan itu dibuat berasaskan kepada dua tanda aras iaitu United States Trade Representative (USTR) ’Special 301 Report’ dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di beberapa kawasan panas seperti di Holiday Plaza di Johor Bahru, Batu Feringhi di Pulau Pinang serta Jalan Petaling dan Kawasan Segi tiga Emas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sejak 1989 USTR telah membuat penilaian ke atas 77 buah negara rakan niaga Amerika Syarikat di seluruh dunia mengenai tahap perlindungan hak harta intelek di negara masing-masing. Pelabur dari serata dunia terutama yang berpangkalan di Amerika Syarikat mengguna pakai penilaian ini bagi menjalankan perniagaan di sesebuah negara.

Bermula pada tahun 2000, Malaysia diletakkan di dalam ’priority watch list’, satu kategori yang melihatkan perlindungan hak harta intelek yang lemah. Namun, atas usaha gigih Kerajaan Malaysia khususnya KPDNHEP (ketika itu) dalam menjalankan aktiviti membanteras kegiatan cetak rompak dan barang tiruan, Malaysia telah dikeluarkan dari kategori itu pada 2002 dan di naik taraf kepada kategori ’watch list’ saja sebaris dengan negara terkemuka antaranya Finland, Sepanyol, Itali, Norway dan Turki.

Sehingga kini Malaysia masih tersenarai dalam ’watch list’ dan usaha untuk melindungi hak harta intelek telah di perhebatkan. Berdasarkan perancangan tindakan dan usaha pembanterasan ini, Roslan begitu optimis bahawa Malaysia akan dikeluarkan terus dari Special 301 Report menjelang 2020 dan diiktiraf sebagai negara yang memberi perlindungan hak harta intelek seperti negara maju yang lain.

Satu lagi asas ukuran yang digunakan adalah Petunjuk Prestasi Utama atau KPI. Berbanding tahun 2010 yang menetapkan sasaran pematuhan hak harta intelek di kawasan panas sebanyak 30%, tetapi tahun ini dengan sasaran yang ditingkatkan kepada 50 peratus telah memperlihatkan kejayaan besar apabila berjaya mencapai lebih 80 peratus pematuhan sehingga November 2011. Dalam konteks barang-barang tiruan, perkiraan hanya ditumpukan kepada jenama tertentu yang terdapat dalam senarai bakul jenama (Basket of Brands - BOB).

Roslan menegaskan trend positif yang berlaku sekarang banyak dipengaruhi oleh penguatkuasaan berterusan serta perancangan strategik yang dilakukan oleh Bahagian Penguat kuasa KPDNKK yang berfokuskan kepada P.E.L.T iaitu Partnership (Perkongsian), Enforcement (Penguatkuasaan), Legislation (Perundangan) dan Training (pendidikan/latihan).

Perkongsian


Perkongsian yang dimaksudkan ini meliputi kerjasama antara pemilik hak cipta dan cap dagang. Terbaru, pengenalan BOB adalah hasil kerjasama antara KPDNKK dengan pemilik cap dagang dalam dan luar negara. Sebelum ini KPDNKK menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan kes kerana keengganan pemilik cap dagang membuat pengecaman ke atas barang disita yang juga suatu tuntutan undang-undang.

Kegagalan menyelesaikan kes telah menimbulkan persepsi seolah-olah KPDNKK tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas. Namun dengan pengenalan BOB, KPDNKK hanya akan memberi keutamaan penguatkuasaan kepada jenama yang tersenarai saja yang mana pemilik cap dagangnya telah pun memeterai persefahaman untuk bekerjasama bagi membuat pengecaman dan memberi keterangan di mahkamah.

Dengan cara ini, semua kes yang diambil akan dapat diselesaikan mengikut kehendak undang-undang. Pendekatan ini hampir serupa dengan apa yang diguna pakai di Hong Kong dan beberapa negara maju yang lain.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Roslan menegaskan KPDNKK tidak lagi akan mengambil tindakan ke atas jenama yang mana pemilik cap dagangnya tidak mahu memberi kerjasama seperti dikehendaki undang-undang.

Namun pada masa yang sama ini juga tidak bermakna jenama mereka tidak dilindungi undang-undang kerana pemilik cap dagang masih boleh mengambil tindakan secara sivil ke atas mana-mana pihak yang meniru jenama mereka.

Penguatkuasaan


Penguatkuasaan dan tindakan undang-undang bukanlah suatu perkara yang baru malah dijalankan secara berterusan sejak sekian lama. Di samping melakukan operasi secara bersendirian, KPDNKK turut mengadakan operasi secara besar-besaran bersama agensi lain seperti Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Dua jawatankuasa khas yang dikenali sebagai Pasukan Petugas Khas Membanteras Barang Tiruan dan Pasukan Petugas Khas Membanteras Cetak Rompak telah dibentuk khusus untuk menangani isu penguatkuasaan hak harta intelek secara terancang dan berterusan.

Disamping itu, Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK turut mengambil satu pendekatan penguatkuasaan yang strategik melalui kaedah examplar. Di bawah kaedah ini, sampel cakera optik akan diambil dari kilang yang terdapat di Malaysia dan dihantar ke Makmal Forensik Kimia, Petaling Jaya untuk menentukan DNA. Dengan adanya sampel DNA ini, Bahagian Penguat kuasa boleh dengan mudah mengesan kilang yang mengeluarkan CD/VCD cetak rompak sama ada ia dijumpai dalam pasaran Malaysia mahupun di luar negara.

Sehingga kini Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mengamalkan kaedah ini. Ekoran kaedah ini juga, banyak kegiatan pengeluaran CD/VCD cetak rompak oleh kilang di Malaysia telah berjaya dipatahkan dan lesen mereka juga dibatalkan. Sehingga kini Malaysia mempunyai sebanyak 19 kilang cakera optik berbanding 44 sebelum ini.

Perundangan


Malaysia adalah di antara negara yang begitu serius dalam memastikan setiap undang-undang yang ada berkaitan dengan perlindungan hak harta intelek dikuatkuasakan sepenuhnya termasuklah membuat pindaan untuk memantapkannya. Selain Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Perihal Dagangan 2011, KPDNKK turut menggunakan Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik) 2010. Melalui Perintah ini, adalah menjadi kesalahan terhadap mana-mana orang yang didapati menjual cakera optik seperti CD/DVD/VCD yang baginya tidak dilekatkan dengan label cakera optik dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Untuk mendapatkan label cakera optik ini pula, hanya tuan punya hak cipta sahaja yang dibenarkan untuk mendapatkannya daripada KPDNKK.

Satu lagi undang-undang yang mengawal kegiatan pelanggaran hakcipta di peringkat pengeluaran ialah Akta Cakera Optik 2000. Ia digubal khusus untuk melesen dan mengawalselia pengilangan cakera optik dan pada masa yang sama menghapuskan kilang-kilang haram yang mengeluarkan cakera optik dengan salinan langgaran karya-karya berhakcipta. Penalti bagi kesalahan di bawah perundangan ini adalah denda sehingga RM500,000.00.

Undang-undang yang ada juga telah dipinda dengan menetapkan denda yang tinggi. Bagi kesalahan di bawah Akta Hakcipta 1987, denda minimum adalah RM2,000 bagi setiap satu salinan langgaran, Akta Perihal Dagangan 2011, denda sehingga RM15,000 bagi setiap unit barang tiruan dan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik) 2010 denda sehingga RM100,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagi tempoh 11 bulan pertama 2011, sebanyak 13 kes berjaya disabitkan di mahkamah dengan jumlah denda sebanyak RM 3.83 juta. Sebagai tindakan yang lebih efektif, selain hukuman denda dan penjara, harta dan wang yang diperoleh daripada kegiatan haram ini boleh di bekukan, dirampas dan dilucuthakkan dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Pendidikan/Latihan


Satu lagi cabaran besar yang harus dihadapi KPDNKK dalam memastikan keberkesanan penguatkuasaan yang efektif adalah daripada aspek pendidikan. Walaupun bilangan kes yang banyak sudah diambil, namun ia tidak akan dapat dibanteras sepenuhnya jika pengguna masih memberi sokongan dan membeli barang tiruan dan cetak rompak.

Kesedaran tentang pentingnya masyarakat menghormati hak harta intelek di negara ini adalah masih rendah. Ini dapat dilihat daripada pembelian yang dibuat terutama di pasar malam dan premis terbuka. KPDNKK telah berusaha untuk meningkatkan tahap kesedaran ini melalui pelbagai cara termasuklah menayangkan iklan di media massa seperti televisyen, radio dan pawagam, menjalankan program outreach kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti siri jelajah ke sekolah rendah, seminar kepada pelajar menengah dan IPT serta penjualan karnival barang tulen kepada orang awam.

Dalam konteks latihan pula, usaha untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran pegawai penguat kuasa sentiasa dilakukan bagi memastikan setiap tindakan dapat diambil dengan lebih efektif. Terbaru, KPDNKK turut memanggil rakan agensi penguatkuasaan dari luar negara untuk berkongsi amalan baik yang dilakukan di negara mereka semasa Konvensyen Penguatkuasaan Hak Harta Intelek berlangsung di KLCC pada 20 Oktober 2011. Antara yang hadir ialah wakil dari agensi penguatkuasaan di United Kingdom, Singapura dan juga wakil dari USTR yang berpengkalan di Washington.

Amat penting bagi negara untuk terus menguatkuasakan perlindungan hak harta intelek bagi membuktikan kepada dunia bahawa kita adalah negara yang bertamadun dan menghormati hak harta intelek. Tidak dinafikan faktor ini turut membantu negara dalam menarik pelabur asing khususnya bagi sektor industri membabitkan harta intelek.

Roslan dalam kenyataannya melahirkan keyakinan tinggi bahawa usaha dan perancangan dalam memerangi kegiatan cetak rompak dan barangan tiruan di negara ini berada di atas landasan yang betul. Tindakan yang diambil menampakkan kesan positif.

Tahap pematuhan juga semakin meningkat dari tahun ke tahun walaupun dalam kadar yang agak sederhana. Masyarakat diseru supaya tidak memberi sokongan atau membeli barang-barang tiruan dan cetak rompak yang jelas tidak bermoral.


Ia bukan saja menjejaskan ekonomi tetapi turut mendedahkan rakyat kepada isu moral, bahaya dan keselamatan terutama berkaitan dengan produk pengguna.

http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment