BERMULA
dengan cakera padat cetak rompak kemudian pakaian, beg tangan dan jam tangan
tiruan berjenama mewah. Kini jenayah terancang itu semakin berani apabila
menjadikan ubat-ubatan sebagai 'mangsa' terbaru yang mampu memberikan mereka
keuntungan berlipat kali ganda.
Dengan kos
yang sangat kecil untuk pengeluaran ubat tiruan atau palsu, perdagangannya
sangatlah menarik dan menguntungkan. Di sebalik keuntungan sesetengah pihak,
kegiatan ini sebenarnya memudaratkan kesihatan pengguna ubat tiruan.
Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan ubat tiruan sebagai produk tiruan yang
disengajakan dan berlakunya penipuan label, pengenalan untuk menjadikannya
seakan-akan yang tulen. Ini termasuklah kandungan dan kuantiti yang salah serta
pemalsuan pembungkusan.
WHO
menganggarkan sebanyak enam hingga sepuluh peratus iaitu bersamaan USD 35
bilion (RM 121.36 bilion) ubat -ubatan yang berada di pasaran dunia adalah
tiruan . Angka tersebut adalah lebih tinggi di beberapa negara terutamanya di
negara-negara sedang membangun di seluruh dunia.
Statistik
rampasan ubat tidak berdaftar oleh penguatkuasa Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 adalah sebanyak 344 produk
ubat-ubatan tiruan daripada 17,768 jumlah rampasan.
Melalui
pengalaman bahagian Penguatkuasa Farmasi, jenis ubat tiruan yang popular ialah
ubat perangsang seks, ubat menguruskan badan, ubat sakit sendi, ubat
mengurangkan lemak, ubat untuk mengawal alahan, gatal-gatal dan ubat selesema
serta batuk.
Ketua
Penolong Pengarah Farmasi (Kuatkuasa), Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia, Mazlan Ismail memberitahu, pemalsuan dilakukan
apabila produk tiruan itu menggunakan jenama dan produk yang sama dan
menjualnya dengan nama produk tulen atau asal tanpa pengetahuan pengeluar
produk tulen. Ubat tiruan ini menyerupai ubat tulen yang sememangnya telah
diuji serta diluluskan untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia.
"
Ubat tiruan tersebut boleh dianggap sebagai parasit kerana menggunakan label
serta nama dagangan yang sama dengan penyediaan tulen tetapi dikilangkan di
premis yang tidak diluluskan serta menggunakan bahan mentah yang tidak
berkualiti," jelasnya
Risiko
penyakit Menurut Mazlan, ubat tiruan dikatakan berbahaya kerana boleh
mengakibatkan peningkatan kos rawatan dan menghidap penyakit lambat atau sukar
sembuh . Pengguna turut terdedah kepada bahaya bahan racun terkawal atau bahan
tercemar.
Keadaan
ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko menghidapi pelbagai
penyakit seperti masalah buah pinggang, tulang rapuh, darah tinggi dan lumpuh.
Ini kerana
ubat tiruan yang mengandungi logam berat dan bahan asing yang tinggi boleh
merosakkan buah pinggang pengguna.
"Walau
bagaimanapun, organ ini tidak akan menunjukkan sebarang masalah atau
kemerosotan sehinggalah hanya tinggal sebahagian kecil sahaja yang masih
berfungsi. Sekiranya ini terjadi, kemungkinan besar organ tidak dapat
diselamatkan lagi," katanya.
Lebih
teruk, kesan ubat tiruan itu turut boleh mengakibatkan gangguan pemikiran otak.
Kegagalan fungsi otak akibat pengambilan ubat tiruan boleh menyebabkan
seseorang itu sukar untuk mengawal pergerakan tubuh mereka walaupun pergerakan
yang kecil seperti menulis.
Ubat
-ubatan tiruan sebenarnya tergolong dalam kategori racun yang boleh membawa
maut kerana mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan arsenik.
Sebagai
contoh, jika seseorang itu mengambil ubat batuk tiruan yang mengandungi
steroid, kesan yang mungkin dihadapi ialah tulang rapuh, muka bengkak dan darah
tinggi.
BerdaftarMazlan
seterusnya menjelaskan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan
melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan bertanggungjawab melalui
peruntukan undang-undang mendaftar semua produk farmaseutikal yang ingin
dipasarkan.
"Pada
dasarnya semua produk farmaseutikal yang didaftarkan adalah selamat, berkualiti
dan berkesan. Sikap tamak haloba serta tidak bertanggungjawab di kalangan
segelintir masyarakat ini boleh menyebabkan kesihatan pengguna terjejas atau
pengguna menghadapi risiko maut," jelasnya.
Sikap
pengguna"Dengan sikap pengguna yang mempunyai tahap kesedaran yang lemah
dan masih membeli ubat -ubatan tiruan di pasaran menjadikan kes-kes ubat tiruan
semakin meningkat," katanya.
Tambahnya,
jika perkara ini berlarutan dan tidak dikawal masyarakat akan lambat laun boleh
menjadi kurang yakin terhadap keberkesanan pengambilan ubat sebagai penawar
penyakit termasuk ubat tulen.
Seperti
barang-barang tiruan lain, dengan kos yang rendah sebagai modal menyediakan
ubat tiruan juga mempengaruhi peningkatan kes, malah bukti akan hilang setelah
produk palsu digunakan menggalakkan lagi aktiviti pengeluaran. Aduan daripada
pengguna sendiri banyak membantu pihak kementerian melakukan siasatan terhadap
ubat tiruan .
"Antara
langkah awal bagi mengenal pasti ubat tiruan adalah melalui pemerhatian kepada
bungkusan luar seperti kotak ubat , bentuk dan rupa ubat serta kandungan ubat .
Biasanya kualiti pada cetakan, bahan kotak, rupa bentuk ubat dan sebagainya
pada ubat tiruan adalah pada tahap rendah. Belilah ubat - ubat dari pengedar
yang sah dan boleh dipercayai," jelasnya.
Bagi
memudahkan tindakan undang-undang diambil ke atas penjualan ubat tiruan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan telah melakukan pindaan
undang-undang ke atas Akta Jualan Dadah.
Namun
demikian, kesedaran orang ramai adalah penting dan laporan segera tentang ubat
tiruan perlu diajukan terus kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian
Kesihatan.
Mazlan
menjelaskan, ubat tiruan dapat menipu pengguna terutamanya jika dibeli di
tempat atau dari sumber yang tidak betul.
"Paling
penting, pengguna perlu berhati-hati kerana ramai yang terpengaruh dengan iklan
terutamanya golongan wanita," jelasnya.
Tambahnya,
serbuan dan rampasan tidak dapat menghentikan penjualan produk palsu dan tiruan
selagi pengguna tidak memahami bahayanya dan tetap memilih produk mengikut
harga murah.
Namun,
untuk memastikan produk ubat berdaftar dan tulen, perhatikan label pembungkusan
pada kotak atau pembalut ubat dan pastikan ia mempunyai maklumat lengkap
seperti nama pengeluar, pengilang, tarikh pembungkusan, tarikh luput, dan
paling utama nombor pendaftaran serta hologram meditag KKM.
Jelas
Mazlan, alat dekod meditag telah dibekalkan KKM secara percuma kepada
kebanyakan farmasi di seluruh negara bagi membolehkan pengguna memeriksa
ketulenan hologram KKM pada bungkusan ubat
Setakat
ini, KKM telah mengedarkan meditag ke semua farmasi yang berdaftar dengan KKM.