Lambakan Produk Tiruan
Menjual produk tiruan menjadi satu kesalahan.
Malah terdapat peruntukan undang-undang yang jelas di bawah Akta Perihal
Dagangan 1972, jika sabit kesalahan, mereka yang menjual produk tiruan boleh
dikenakan hukuman denda RM100 ribu atau
penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Ironinya,
hukuman tersebut langsung tidak menimbulkan rasa takut kepada segelintir pihak.
Mungkinkah hukuman tersebut terlalu ringan berbanding dengan pulangan yang
mereka peroleh sehinggakan kegiatan ini begitu sukar dibenteras di pasaran
terbuka? Atau mungkinkah kegiatan ini dilindungi orang tertentu menyebabkan
peniaga produk tiruan bercambah seiring dengan meningkatnya tapak bazar larut
malam atau lebih dikenali sebagai Down Town.
Kegiatan menjual
produk tiruan di pasaran terbuka membabitkan produk berjenama antarabangsa cukup mendapat
sambutan pembeli. Daripada aksesori, alat mekap, beg tangan wanita, baju jam
tangan, minyak wangi sehinggalah kepada seluar jeans – semuanya dijual di
pasaran terbuka cukup berleluasa.
Jenama terkenal
yang biasanya dijual di butik eksklusif yang pasti harganya mencecah ribuan
ringgit, kini menjadi pakaian jalanan (street wear) – bermakna sesiapa sahaja
boleh memakainya. Soal sama ada produk tersebut tiruan bukan lagi satu persoalan.
Dari segi mutu sememangnya kita ketahui tetapi produk tiruan ini cukup berbaloi
dengan harga yang ditawarkan.
Bayangkan sebuah
beg tangan wanita berjenama antarabangsa seperti Louis Vuitton, Prada, Fendi,
Gucci, Channel, Dior, dan sebagainya yang harganya mencecah ribuan ringgit,
seseorang boleh memilikinya (produk
tiruan) dengan harga tidak sampai pun RM100 di mana-mana gerai jalanan
terutamanya di bazar larut malam. Malah jika pandai tawar menawar, harganya
jauh lebih murah.
No comments:
Post a Comment