Mentaliti masyarakat berhubung barangan tiruan perlu diubah
KUALA LUMPUR:
Mengubah mentaliti masyarakat mengenai pembelian barangan tiruan atau cetak
rompak dilihat menjadi cabaran utama Bahagian Penguatkuasa Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha
mengekang aktiviti itu.
Pengarah
Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, orang ramai perlu
sedar mengenai kesan negatif pembelian barangan seumpama itu kerana ia boleh
menjejas ekonomi dan imej negara.
Beliau berkata
penjualan barangan tiruan yang dilihat berleluasa ketika ini berlaku ekoran
permintaan tinggi masyarakat. Antara
faktor orang ramai membeli barangan tiruan atau cetak rompak ini adalah kerana
harga yang murah, mudah didapati dan seakan-akan sama kualitinya dengan
barangan asli," katanya kepada Bernama.
Othman berkata
tidak mustahil kepercayaan pelabur asing akan menurun dan kilang-kilang yang
didirikan mereka ditutup sekaligus menjejas punca pendapatan rakyat sekiranya
negara ini menjadi 'terkenal' kerana aktiviti penjualan barangan tiruan. -
Bernama
No comments:
Post a Comment