Karnival IT dibanjiri telefon tiruan
PORT DICKSON -
Orang ramai diminta berhati-hati apabila membeli telefon bimbit di tapak-tapak
karnival menjual peralatan komputer dan elektronik di seluruh negara berikutan
ada peniaga dikesan menjual telefon bimbit tiruan.
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah
Port Dickson Yusuf Bakar berkata, perbuatan itu dikesan selepas pasukannya
merampas 143 unit telefon bimbit tiruan bernilai RM80,000 dalam satu operasi di
Dataran Rembau minggu lepas. Rampasan yang
dibuat itu melibatkan 10 tapak gerai di karnival itu, katanya kepada pemberita
di pejabatnya di sini, hari ini.
"Mereka
akan menayangkan telefon bimbit yang asli di ruang pameran gerai mereka tetapi
selepas pembeli bersetuju dengan harga tawaran, mereka akan membuat keadaan
seperti kelam kabut sebelum menukarkan telefon asli itu dengan telefon tiruan
yang disimpan di bawah kaunter,” katanya. Modus operandi
para peniaga di tapak karnival ini turut dikesan di Senawang sebelum ini dan
beliau percaya peniaga terbabit mempunyai rangkaian di seluruh negara. -
Bernama
No comments:
Post a Comment