Sorok barang tiruan dalam banglo
MOHD BASHA
ABIDIN (kiri) bersama pegawai penguat kuasa memeriksa pelbagai beg tangan
wanita berjenama yang didapati tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan
Salleh.
MUAR: Sebuah
banglo di taman perumahan dekat Jalan Salleh di sini, dikesan menjadi stor
transit beribu-ribu barangan tiruan bernilai lebih RM100,000 untuk diedarkan
pasaran seluruh Johor dan sebahagian Pahang.
Kegiatan di
banglo milik sebuah keluarga yang dipercayai beroperasi sejak kira-kira setahun
lalu itu terbongkar hasil serbuan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Muar diketuai Pegawai Penguat kuasa,
Wan Asrol Wan Mahmud dan 10 anggota, kira-kira jam 5 petang kelmarin.
Dalam serbuan
itu penguat kuasa KPDNKK menemui pelbagai jenis barangan tiruan termasuk beg
silang, beg pakaian, beg sandang, beg tangan, beg sekolah, beg duit dan topi
menggunakan pelbagai jenama terkenal termasuk Levi's, Nike, Adidas, Diadora,
Polo, Lotto, Luis Vitton, Manchester United, Chelsea dan Liverpool.
Ketua Cawangan
PPDNKK Muar, Mohd Basha Abidin Ali, berkata susulan serbuan itu, pihaknya
menahan seorang lelaki berusia 70-an dan tiga wanita berusia antara 20-an
hingga 30-an yang mempunyai hubungan keluarga dan dipercayai bekerja
menguruskan barangan di banglo berkenaan.
Katanya,
pihaknya kini sedang mengesan pemilik banglo berkenaan dan dua lagi lelaki yang
dipercayai terbabit dalam kegiatan penyimpanan serta pengedaran barangan tiruan. “Kumpulan itu
dipercayai turut bertindak sebagai pengimport barangan tiruan dengan menjadikan
banglo itu sebagai stor transit sebelum diedarkan kepada peniaga lain termasuk
peniaga pasar malam sekitar Johor dan Pahang," katanya.
Beliau berkata,
siasatan awal mendapati kumpulan itu turut membuat penghantaran terus kepada
pembeli melalui perkhidmatan pos, selain ada juga pembeli yang datang sendiri
ke banglo berkenaan untuk mendapatkan bekalan. Mohd Basha
Abidin berkata, kes itu adalah hasil daripada intipan kira-kira dua bulan
sempena operasi Gerak Gempur Cetak Rompak (GGCR) yang dijalankan pasukannya di
sekitar Muar.
No comments:
Post a Comment