Barang tiruan bernilai RM25,000 dirampas
KPDNKK Miri
rampas pelbagai barang jenama Adidas dan Chelsea yang disyaki tiruan
MIRI:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan
Miri berjaya merampas pelbagai barang jenama Adidas dan Chelsea bernilai
RM25,000 yang disyaki tiruan dalam beberapa operasi di dua kawasan titik panas
di sini petang semalam. Menurut
jurucakap kementerian terbabit, barangbarang yang dirampas terdiri daripada
beberapa pasang selipar, beg sekolah, baju sukan dan tuala mandi.
Katanya
sepasukan pegawai penguat kuasa yang terdiri daripada 12 orang dengan diketuai
Penolong Pegawai Penguat Kuasa Tingkat Kanan Dominic Joseph Bakir telah
dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melakukan serbuan ke atas 30 premis
perniagaan di Jalan Raja dan dan Pusat Komersil emart, Tudan.
“Hasil serbuan
itu, kami dapati 10 premis ada menawarkan penjualan pelbagai barang jenama
Adidas dan Chelsea yang dipercayai tiruan.
“Justeru kami
telah merampas kesemua barangan tersebut untuk dijadikan barang kes,” katanya
pada sidang media yang diadakan di pejabat KPDNKK di sini semalam.
Katanya serbuan
itu dibuat berikutan aduan yang diterima daripada Randall Gate Skill Riik
Consultancy Sdn Bhd di Kuala Lumpur selaku pengedar sah barangan jenama Adidas
dan Chelsea yang mendakwa terdapat beberapa premis perniagaan di sini didapati
menjual pelbagai barangan jenama Adidas dan Chelsea disyaki tiruan.
Berikutan itu
kata jurucakap terbabit, pihaknya dengan kerjasama pengadu telah melakukan
pemantauan sejak sebulan lalu sebelum serbuan dilakukan semalam. Dalam pada itu
menurut beliau, kes tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 5 (1)
(b) Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 kerana kesalahan membekalkan apaapa
barangan yang baginya satu perihal dagangan palsu.
Jika sabit
kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun
atau kedua-duanya sekali (bagi kesalahan yang dilakukan oleh individu) dan
denda RM250,000 untuk kesalahan yang dilakukan oleh syarikat. “Kita akan
meminta 8kerjasama pihak tuan punya syarikat (Adidas) untuk membuat pengesahan
sama ada barangan yang dirampas tersebut adalah tiruan atau sebaliknya,” ujar
beliau sambil menambah sekiranya terbukti tiruan atau palsu mereka akan merujuk
kepada pegawai undang-undang untuk menentukan apakah jenis tindakan yang perlu
diambil sama ada dikompaun atau didakwa di mahkamah.
Hasil serbuan
itu juga katanya mendapati barangan jenama Adidas yang disyaki tiruan itu dijual
pada harga 50 peratus lebih murah berbanding harga asal untuk barangan tulen.
Sehubungan itu,
beliau menasihati para peniaga di sini agar tidak menjual barangan tiruan
berjenama Adidas, Reebok, Nike dan sebagainya kerana jenama-jenama tersebut ada
tuan punyanya selain melanggar etika perniagaan. “Peniaga kena
ingat, ejen jualan setiap jenama tersebut ada di mana-mana dan mereka sering
membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Jangan ingat
sekali mereka terlepas (dari tindakan), mereka boleh lepas selama-lamanya,”
tegas beliau lanjut.
No comments:
Post a Comment