Mentaliti masyarakat berhubung barangan tiruan perlu diubah
KUALA LUMPUR:
Mengubah mentaliti masyarakat mengenai pembelian barangan tiruan atau cetak
rompak dilihat menjadi cabaran utama Bahagian Penguat Kuasa Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha
mengekang aktiviti itu.
Pengarah
Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK Selangor Othman Nawang berkata, orang ramai perlu
sedar mengenai kesan negatif pembelian barangan seumpama itu kerana ia boleh
menjejas ekonomi dan imej negara. Beliau berkata,
penjualan barangan tiruan yang dilihat berleluasa ketika ini berlaku ekoran
permintaan tinggi masyarakat.
“Antara faktor
orang ramai membeli barangan tiruan atau cetak rompak ini adalah kerana harga
yang murah, mudah didapati dan seakan-akan sama kualitinya dengan barangan
asli,” katanya kepada Bernama.
Othman berkata,
tidak mustahil kepercayaan pelabur asing akan menurun dan kilang-kilang yang
didirikan mereka ditutup sekaligus menjejas punca pendapatan rakyat sekiranya
negara ini menjadi ‘terkenal’ dek aktiviti penjualan barangan tiruan.
“Kita memang
tidak boleh ambil tindakan terhadap si pembeli, tapi si penjual, ingatlah,
operasi penguatkuasaan berterusan dijalankan dan denda yang tinggi menanti mereka,”
kata Othman. Beliau berkata,
KPDNKK Selangor menyerbu 336 premis membabitkan rampasan pelbagai barangan
tiruan bernilai RM1.4 juta tahun lepas, dan sehingga bulan ini, ia mencatat 114
kes dengan nilai rampasan RM6 juta.
Othman menarik
perhatian terhadap sikap tamak penjual atau pengedar barangan tiruan yang
mengambil jalan mudah untuk mencapai kemewahan dengan menciplak ciptaan pihak
lain. “Si pembeli juga
perlu menghargai penat lelah mereka yang menghasilkan karya, kreativiti dan hak
cipta sesuatu barangan. Belilah barangan asli, jangan berkrompromi dengan
penjual yang mendapat hasil lumayan berbanding harga yang anda bayar,” katanya.
Beliau turut
berkata, kecanggihan teknologi juga didapati memudahkan penjualan barangan ini
terutama melalui laman-laman sosial di Internet yang tidak mengenakan sekatan
pengiklanan berhubung penjualan barangan tiruan. Pihaknya akan
memperbanyak kempen kesedaran bagi mengekang orang ramai daripada membeli
barangan seumpama itu di samping bekerjama dengan pihak polis, kastam dan
Kementerian Dalam Negeri untuk mengatasi masalah berkenaan. — Bernama
No comments:
Post a Comment