Barangan tiruan Chelsea RM50,000 dirampas
PEGAWAI dan anggota dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sabah memeriksa pakaian serta barangan sukan tiruan kelab bola sepak Chelsea di gudang KPDNKK Kolombong, Kota Kinabalu, kelmarin.
KOTA KINABALU 7
Sept. - Sebanyak 781 unit barangan tiruan cap dagang Kelab Bola Sepak Chelsea
bernilai RM50,000 dirampas dalam satu serbuan di sebuah premis di kompleks beli
belah Karamunsing, di sini semalam.
Timbalan
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan negeri
(PPDNKK), Rosle A. Hamid berkata, dalam serbuan pada pukul 12.50 tengah hari
itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berumur 49 tahun untuk siasatan
lanjut.
"Antara
barangan yang dirampas termasuklah jersi, kemeja T, beg, selimut, rantai kunci,
mug dan pelbagai aksesori untuk kereta. "Pemeriksaan mendapati barangan
tiruan itu mempunyai kualiti yang baik tetapi dijual dengan harga lebih murah
daripada barangan asli," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Rosli,
kes itu disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu Larangan
Perihal Dagangan Palsu Berhubung dengan Cap Dagangan. Katanya, berdasarkan
siasatan awal barangan yang dibawa dari China itu dipercayai turut diedarkan di
daerah lain.
"Kita masih
menjalankan siasatan terhadap pemilik premis terbabit bagi mengenal pasti stor
penyimpanan kesemua barangan tiruan itu," ujarnya.
No comments:
Post a Comment