KPDNKK rampas barangan tiruan bernilai RM223,530
KOTA KINABALU:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di
sini kelmarin berjaya merampas 7,962 unit barangan tiruan bernilai RM223,530
dalam dua serbuan berasingan di Bundusan, Penampang kelmarin.
Pengarah KPDNKK
Negeri, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan berkata serbuan yang dilakukan pada 25
Julai hingga pagi kelmarin itu menyaksikan rampasan barangan seperti beg
sandang, seluar pendek, jersi, stokin, topi dan dompet yang dipercayai untuk
pasaran di sini. “Berdasarkan
risikan dan aduan orang ramai, PPDNKK Sabah menyerbu dua buah gudang yang
dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan tiruan bagi dijual di pasaran
Kota Kinabalu.
“Ia merupakan
rampasan barangan tiruan kedua terbesar oleh PPDNKK Sabah pada tahun ini,
selepas kejayaan membongkar kegiatan sama di Penampang, dekat sini pada 4 Julai
lalu yang melibatkan rampasan hampir RM500,000,” katanya pada satu sidang media
di Kolombong dekat sini kelmarin. Beliau menambah,
antara barangan paling banyak dirampas pada serbuan itu adalah baju-T jenama
Adidas sebanyak 4,210 helai yang dianggarkan berjumlah RM126,300, diikuti
baju-T jenama Nike (1,930 helai) dianggarkan berharga RM57,900. Menurutnya,
kesemua barangan yang dirampas berkenaan dipercayai akan dijual sempena
sambutan Aidilfitri nanti.
“Kes akan
disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu larangan perihal
dagangan palsu berhubung dengan cap dagangan. “Jika sabit
kesalahan, denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang diletakkan
perihal dagangan palsu dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda
tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barang apabila ia melibatkan suatu
pertubuhan perbadanan,” katanya.
No comments:
Post a Comment